Manusia akan rasa bahagia kalau disenangi oleh banyak orang. Oleh sebab itu, ada manusia yang sentiasa cuba melalui kehidupan atas aturan orang lain. Mereka melakukan hal yang membuatkan org lain berasa senang, sehingga terlupa pula tentang hal yang disenangi oleh diri sendiri. Pelbagai perkara dilakukan, namun akhirnya manusia tetap akan gagal juga untuk menyenangkan hati semua orang. Soal mengurus hati manusia lain itu bukan soal kita. Kita tidak boleh memaksa orang untuk suka atau sebaliknya. Kisah May mewakili kisah banyak orang di luar sana.
Hari pertama di tempat kerja, May memakai baju berwarna biru. Ketuanya menegur, "Kamu nampak gelap la, kalau pakai baju warna biru. Kenapa tak cuba warna merah."
Hari kedua di tempat kerja, May memakai baju berwarna merah. Rakan sejawatan lain menegur, " Kamu nampak garanglah, kalau pakai baju warna merah. Kenapa tak cuba baju warna kuning"
Hari ketiga di tempat kerja, May memakai baju berwarna kuning. Pembantu pejabat menegur, "Kamu nampak pucatlah, kalau pakai baju warna kuning. Kenapa tak cuba baju warna hijau"
Hari keempat di pejabat, May memakai baju berwarna hijau. pengawal keselamatan menegur, "Kamu nampak berkecamuklah, kalau pakai baju warna hijau. Kenapa tak cuba baju warna pink."
Hari-hari setrusnya May akan melalui pngalamaan yg sama, hatta kalau May bertukar 1000 warna baju sekalipon. Itu adalah salah satu kisah yang mungkin pernah terjadi pada anda. Apa saja yang anda buat, semuanya tidak kena di mata org lain. Semuanya petah sahaja menjadi hakim seperti juri pertandingan nyanyian realiti. Dalam hidup ini, banyak orang yang suka memberi komen terhadap org lain tetapi lupa pula untuk menilai diri sndiri.
No comments:
Post a Comment