Renungan

Mimpi Ditampar?

Terdapat seorang pemuda yang mencari seorang guru agama, seorang ustaz atau siapapun yang mampu menjawab tiga pertanyaannya. Akhrnya si pemuda bertemu seorang yang bijak lalu dia pun bertanya,

"Siapa tuan? Bolehkah tuan menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?"

"Saya hamba Allah dan dengan izinNya saya akan berusaha menjawab pertanyaan tuan."Jawab orang bijak itu.

"Tuan yakin? Bahkan professor dan banyak orang cerdik pandai tidak mampu menjawab pertanyaan saya."

"Saya akan cuba mengikut kemampuan saya."

"Saya punya tiga pertanyaan,
  1.  Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan wujud Tuhan kepada saya?
  2.  Apa yang dinamakan takdir?
  3.  Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukkan ke neraka yang juga dibuat dari api, tentu ianya tidak   menyakitkan bagi syaitan, sebab keduannya memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak berfikir sejauh itu?"

Tiba-tiba si bijak menampar pipi anak muda itu dengan keras. Pemuda itu tekejut yang amat sangat.

"Kenapa anda marah pada saya." Tanyanya sambil memegang pipinya yang terasa sakit.

"Saya tidak tidak marah, tamparan itu adalah jawapan saya untuk ketiga-tiga pertanyaan tuan." Jawab si bijak dengan tenang.

"Saya kurang paham." Si pemuda berasa hairan.

"Bagaimana rasanya tamparan saya?"

"Tentunya sakit."

"Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?"

"Tentu saja."

"Tunjukkan pada saya wujudnya sakit itu!"

"Saya tidak boleh."

"Itulah jawapan saya atas pertanyaan pertama tuan. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa melihat wujudNya."

"Apakah malam tadi tuan ada bermimpi akan menerima tamparan dari saya hari ini?"Tanya sibijak lagi.

"Tidak." Si pemuda menggeleng.

"Itulah yang dinamakan takdir."

"Dari apa tangan saya diciptakan yang saya gunakan untuk menampar tuan tadi?"  Sibijak  kembali bertanya.

"Dari kulit."Jawab si pemuda.

"Dari apa pula pipi tuan diciptakan?"

"Dari kulit juga."

"bagaimana rasanya tamparan saya?"

"Sakit."

"Walaupun syaitan dan neraka sama2 terbuat dari api, neraka tetap menjadi tempat yang menyakitkan bg syaitan."

-------------------------------------------------------------------------------

Mustahilkah Untuk Berubah?

Mustahilkah? Susahkah?
Pasti jawapannya tidak mustahil. Tetapi bukankah perubahan itu ada dua jenis iaitu perubahan positif atau perubahan negatif (nauzubillah).

Tiba-tiba terfikir satu persoalan.
Mengapakah untuk melakukan perubahan yang positif itu lebih susah berbanding perubahan ke arah yang lebih negatif?

Adakah kerana diri ini lemah? Lemah untuk melawan godaan syaitan?
"Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk" [Surah Az-Zukhruf 43 : 37]
"Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" [Surah Az-Zukhruf 43 : 62]

Tarik nafas dalam-dalam. Ambil masa, fikir sejenak. Yang mana lebih kita kejarkan? Perbuahan yang lebih bagus atau yang sebaliknya?
Pastinya yang lebih baik. Tetapi tidak dapat untuk kita nafikan untuk melakukan perubahan kearah kebaikan ini, jalannya dihiasi dengan ranjau yang peuh berduri, halangan, ejekan, ujian, dan semua ini adalah dugaan.

Kadang-kadang untuk berubah ini penuh dengan bisikan dan desas-desus manusia:
"Eh, kenapa A pakai tudung sekarang ini, bukankah dahulu dia seorang minah rempit, ini mesti tak lama nie!"
"Alhamdulillah, A dah mula berubah insya Allah sentiasa dirahmatinya"

Hendaklah kita sematkan dalam pemikiran kita, janganlah sesekali kita terpengaruh dengan kata-kata negatif terhadap diri kita, kerana andai kata kita terpengaruh dengan kata-kata tersebut, pasti berat kaki ini untuk melangkah ke alam baru, berat lagi hati ini untuk melakukannya. Percayalah, kita lebih mengenali diri kita dari orang-orang lain, dan Allah lebih mengenali kita dari diri sendiri. Tidaklah semua perkara itu manis untuk menuju ke syurga, kerana pasti Allah selitkan sedikit ujian untuk kita, bagi menguji diri ini.

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?" [Surah Al-Ankabut 29:2]

Apakah definisi perubahan sebenar dalam diri kita? Adakah hanya dari segi fizikal atau hati nurani? Yang mana akan datang dulu?
Sebenarnya, yang mana datang dahulu itu tidak penting, kerana yang lagi penting adalah hasilnya. Andai kita rasa, perubahan fizikal seperti melabuhkan tudung dan pakaian itu lebih mudah, maka lakukan itu dahulu, kemudian kita melatih hati ini satu persatu, andai kita merasakan hati ini lagi senang untuk dilatih, maka latihlah ia dahulu. Kerana perubahan itu datangnya dari hati yang ikhlas, yang tulus. Insya Allah. Mari mulakan langkah kita bersama, kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka.

Manusia sentiasa perlukan perubahan kerana iman kita naik dan turun. Jangan biar jalan kita dihiasi dengan futur

-------------------------------------------------------------------------------

CEMBURU
Oleh : Qurratu A’Yun
Majalah Sinar Rohani, Feb 2005


DEFINISI cemburu menurut kamus adalah ketakutan berpindahnya rasa kasih
sayang terhadap orang lain, atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang
dicintai, seperti suami, isteri atau kekasih. Kecemburuan juga boleh wujud
dalam persahabatan atau antara adik-beradik seperti kakak dengan adik
kandungnya.

Cemburu dapat dikesan apabila seseorang itu mempunyai perasaan
terhadap orang yang dicemburuinya. Oleh itu seringkali kita mendengar orang
berkata ‘cemburu tandanya sayang’ yang seolah-olah menggambarkan bahawa
cemburu adalah satu standard untuk menilai kasih sayang sesuatu pasangan.
Mungkin ini ada benarnya kerana jika kita tidak sayang pada seseorang mengapa
mesti kita merasa cemburu terhadapnya.

Sesungguhnya sifat cemburu adalah naluri manusia yang amat sukar
untuk dibendung. Lantaran ia adalah disebabkan oleh sikap ‘possesive’
seseorang terhadap pasangannya. Di mana dalam dirinya ada satu pengakuan
jelas (tetapi tidak secara langsung) bahawa pasangannya itu hanya untuk
dirinya sahaja dan tidak boleh sama sekali diambil atau dikongsi dengan orang
lain. Namun begitu sifat terlampau cemburu yang mencapai tahap ‘cemburu
buta’ amat tidak digalakkan kerana ia boleh menggugat hubungan sesebuah
rumahtangga begitu juga ketiadaan langsung sifat cemburu pula sebenarnya
boleh membawa akibat buruk kerana ia boleh menjadi punca pasangan ‘mudah
dikebas orang’. Dengan itu terdapat dua jenis cemburu iaitu cemburu yang
positif dan cemburu yang negatif.

Bila berbicara tentang cemburu juga, ramai menuding jari mengaitkannya
dengan kaum hawa di mana mereka beranggapan bahawa kaum wanita ini
sangat kuat cemburunya. Dalam soal ini, sebenarnya sama ada lelaki mahupun
wanita masing-masing mempunyai sifat cemburu. Cuma yang membezakannya
ialah tahap cemburu tersebut dan sejauh manakah perasaan cemburu itu berjaya
dikawal.

Dalam hubungan suami isteri, sifat cemburu wajib dikawal. Jika tidak
klimaksnya nanti boleh membawa kepada putusnya sesuatu ikatan perkahwinan
itu (bercerai). Dalam hal ini rasa cemburu acapkali membuatkan seseorang
berubah menjadi orang yang selalu curiga dan sentiasa berprasangka buruk.
Hakikatnya dia sedar bahawa sikap cemburunya itu kurang menyenangkan
pasangannya tetapi dia tidak mampu mengawalnya. Dia merasakan bahawa apa
yang dilakukan semuanya betul dan sentiasa ingin tahu apa yang dilakukan oleh
pasangannya hatta perkara yang kecil sekalipun sehingga mencetuskan
pertengkaran demi pertengkaran yang menggugat kemesraan yang terjalin
sebelumnya. Oleh itu untuk menyelamatkan keadaan, seseorang itu apabila
dapat melihat tanda-tanda awal cemburu pada pasangannya, hendaklah
bertindak segera agar tidak merebak. Ikutilah tips berikut tentang bagaimana
untuk mengawal keadaan sekiranya mendapat pasangan yang kuat cemburu.

1. Jika pasangan kita mula menunjukkan rasa cemburu, jangan terbawabawa
dengan sifatnya itu. Mungkin kita tidak perlu menjawab setiap
soalan yang diajukan. Sebaliknya lebih baik berdiam diri sahaja daripada
terus menyemarakkan kemarahannya.

2. Anggaplah bahawa dia sebenarnya tidak berniat untuk melukai hati kita.
Mungkin ini tidak disedarinya dan jangan ambil hati.

3. Cuba sedaya upaya untuk membina keyakinan diri padanya. Pujilah
pasangan atau mintalah nasihatnya bila perlu dan sentiasa luahkan
perasaan cinta yang membuktikan bahawa kita menyayanginya. Malah
sebaiknya berikanlah dia sokongan yang berterusan agar dia merasa
sentiasa disayangi dan dihargai.

4. Jangan membabitkan diri dalam situasi yang boleh membuahkan perasaan
cemburu bagi pasangan seperti suka berfoya-foya, berbual-bual mesra
atau bergurau senda dengan orang lain.

5. Berbincanglah dengan pasangan tentang perasaannya. Jika kita telah
berusaha sedaya upaya tetapi pasangan tetap tidak boleh mengawal rasa
cemburunya, kaunseling mungkin jalan terakhir untuk menyelamatkan
keadaan.

‘Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’. Begitulah antara bait-bait
lagu yang menceritakan asam garam kehidupan dalam rumahtangga. Cinta dan
cemburu adalah seperti isi dengan kuku bagi mana-mana pasangan suami isteri.
Yang penting adalah kesederhanaan. Maksudnya seseorang itu harus
mempunyai rasa cemburu terhadap pasangan tetapi mestilah berpada. Jangan
sampai pasangan merasa terkongkong dan dikongkong. Sebaliknya jadikanlah
rasa cemburu itu sebagai alat untuk dapat memperbaiki sikap atau mengkoreksi
diri sendiri terhadap sikap yang selama ini diamalkan. Contohnya, bagi seorang
isteri mahupun suami, adakah penampilan atau layanan yang selama ini
diberikan memuaskan atau tidak. Adakah berlaku sesuatu kekurangan dalam diri
yang sebenarnya mampu kita mengadakannya tetapi tidak kita adakan. Dengan
sikap ini, kita akan sentiasa memperbaiki kualiti diri dan sentiasa memberikan
layanan yang terbaik untuk pasangan supaya ia tidak terpikat kepada yang lain.
Akhirnya, tidak perlu lagi terjadi perbalahan atau pertengkaran yang hebat
antara suami isteri gara-gara sifat cemburu kerana tentu sekali tidak ada
pasangan yang rela diperbodohkan atau diambil kesempatan akibat ketiadaan
sifat cemburu dalam hatinya yang membuatkan dia tidak peka dengan kehendak
sebenar pasangannya. Dengan itu ‘cinta dan cemburu hendaklah diambil
‘sesedap rasa’ sebagai perencah kebahagiaan rumahtangga. Cinta biarlah ikhlas
dan cemburu biarlah bertempat. Kata orang, ‘tanpa cemburu rasa cinta terasa
hampa’. Ingatlah, sesungguhnya ‘ALLAH SWT Maha Cemburu’. Maksudnya?
Ya, bukanlah Allah SWT sangat mencintai kita selaku hamba-hamba-Nya. Cuma
kita yang tidak menyedarinya lantaran HATI kita yang telah ‘TERTAWAN
DENGAN ‘CINTA YANG LAIN’!


-------------------------------------------------------------------------------

Jangan Mengharap “Terima Kasih” dari Seseorang.

ALLAH menciptakan para setiap hamba agar selalu mengingat-NYA, dan DIA menganugerahkan rezeki kepada setiap makhluk ciptaan-NYA agar mereka bersyukur kepada-NYA. Namun, mereka justeru ramai yang menyembah dan bersyukur kepada selain DIA.
Tabiat untuk mengingkari, membangkang, dan meremehkan sesuatu kenikmatan adalah penyakit yang umum menimpa jiwa manusia. Kerana itu, anda tidak perlu hairan dan resah apabila mendapatkan mereka mengingkari kebaikan yang pernah anda berikan, mencampakkan budi baik yang telah anda tunjukkan. Lupakan sahaja bakti yang telah anda persembahkan. Bahkan, tidak usah resah apabila mereka sampai memusuhi anda dengan sangat keji dan membenci anda sampai mendarah daging, sebab semua itu mereka lakukan adalah justeru kerana anda telah berbuat baik kepada mereka.
Dan, mereka tidak mencela (ALLAH dan Rasul-NYA) kecuali kerana ALLAH dan Rasul-NYA telah melimpahkan karunia-NYA kepada mereka.
(QS. At-Taubah: 74)
Cuba anda buka kembali catatan dunia tentang perjalanan hidup ini! Dalam salah satu babnya diceritakan: Syahdan, seorang ayah telah memelihara anaknya dengan baik. Ia memberinya makan, pakaian dan minum, mendidiknya hingga menjadi seseorang yang pandai, rela tidak tidur demi anaknya, rela untuk tidak makan asalkan anaknya kenyang, dan bahkan mahu bersusah payah agar anaknya bahagia. Namun apa imbalan seorang anak kepada ayahnya yang telah banyak berkorban untuknya? Ketika sudah kuat tulang-tulangnya, anak itu bagaikan anjing galak yang selalu menggonggong kepada orang tuanya. Ia tidak hanya berani menghina, tetapi juga melecehkan, acuh tak acuh, bongkak dan bersifat durhaka terhadap orang tuanya. Dan semua itu, dia tunjukkan melalui perkataan dan juga tindakan. 

Kerana itu, sesiapa sahaja yang kebaikannya diabaikan dan dilecehkan oleh orang-orang yang menyalahi fitrahnya, sudah seharusnya menghadapi semua itu dengan fikiran yang dingin. Dan, ketenangan seperti itu akan mendatangkan balasan pahala dari Dzat Yang Perbendaharaan-NYA yang tidak akan pernah habis dan selalu sirna.
shukran4ll9
Ajakan ini bukan pula untuk menyuruh anda meninggalkan kebaikan yang telah anda lakukan selama ini, atau agar anda sama sekali tidak berbuat baik kepada orang lain. Ajakan ini hanya ingin, agar anda tidak goyah dan terpengaruh sedikit pun oleh kekejian dan pengingkaran mereka atas semua kebaikan yang telah anda perbuat. Dan janganlah anda pernah bersedih dengan apa sahaja yang mereka perlakukan.
Berbuatlah kebaikan hanya demi ALLAH semata, maka anda akan menguasai keadaan, tidak akan pernah terusik oleh kebencian mereka, dan tidak pernah merasa terancam oleh perlakuan keji mereka. Anda harus beryukur kepada ALLAH kerana dapat berbuat baik  ketika orang-orang di sekitar anda berbuat jahat. Dan, ketahuilah bahawa tangan yang selalu memberi itu lebih baik dari tangan yang sering menerima.
Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan ALLAH. Kami tidak mengharapkan balasan daripada kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.
(QS. Al-Insan: 9)
Masih ramai orang berakal yang sering hilang kendali dan menjadi kacau fikirannya saat menghadapi kritikan atau cercaan pedas daripada orang-orang sekitarnya. Terkesan, mereka seolah-olah belum pernah mendengar wahyu ILLAHI yang menjelaskan dengan jelas tentang perilaku golongan manusia yang selalu mengingkari ALLAH. Dalam wahyu itu dikatakan:
Tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.
(QS. Yunus: 12)
Anda tidak perlu terkejut manakala menghadiahkan sebatang pena kepada orang bebal, lalu ia menggunakan pena tersebut untuk menulis cemoohan kepada anda. Dan anda tidak usah terkejut, apabila orang yang anda beri tongkat untuk mengiringi domba gembalaannya justeru akan memukul kepala anda dengan tongkat hadiah daripadamu. Itu semua adalah watak dasar manusia yang selalu mengingkari dan tidak pernah bersyukur kepada Penciptanya sendiri Yang Maha Agung nan Mulia. Begitulah, kepada Tuhannya sahaja mereka berani membangkang dan mengingkari, maka apalagi kepada saya dan juga anda.
Musleemah says: SubhanALLAH! Karya Dr. ‘Aidh al-Qarni cukup mempesonakan dan memberi satu cahaya ke dalam jiwaku ini. Dengan membaca setiap karya yang mampu membangunkan jiwa setiap orang musleem mampu membuka mataku. Ia telah membangunkan semangat di jiwaku untuk terus melakukan kebaikan hanya kerana ALLAH semata. Hanya untuk Ya RABBI-ku. Ya… sedari kecil aku dididik untuk tidak meminta imbalan daripada setiap insan yang telah aku ikhlaskan terhadap mereka. Kerana aku sadar siapalah aku dihadapan RABBI-ku. Iya… Akulah diantara hamba-hamba-NYA yang dhoif lagi lemah. Pengorbananku mungkin ibarat jari kelingking celup di lautan-NYA yang luas. Astaghfirullah Halazhim… Aku akan menyakiti diri aku sendiri dan mengotori hatiku jika aku benar-benar inginkan imbalan dari mereka yang bernama manusia. Yang sesungguhnya dan sejujurnya dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, hanya nikmat keredhaan yang mampu aku mengharapkan setelah aku ikhlaskan. Dan juga keampunan atas segala dosa-dosa yang telah aku lakukan selama jantungku masih berdegup. Dan satu ungkapan yang mampu aku perjelaskan segala-galanya: La Tahzan!!