Monday, February 20, 2012

Husnul Khatimah

"Ya Allah jadikanlah sebaik-baik umurku pada hujungnya dan sebaik-baik amalku pada penghujungnnya, dan sebaik-baik hariku adalah pada saat aku menemui-Mu"

Ilmu Haraki

Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qardawi menegaskan bahawa wujud dua peringkatilmu fiqh.Peringkat pertama ialah fiqh asy-syariah dan peringkat kedua adalah fiqh al-waqi'.

Fiqh asy-syariah adalah ilmu as-Sunnah serta segala roh yang berkaitan dengan tuntutan syariat. Ilmu fiqh di peringkat ini memberi tumpuan dalam maqasid syariah atau maksud syariat Islam itu diturunkan Allah. Dasar utama ditegakkan demi mencapai masalah kehidupan manusia di dunia dan di akhirat. Perlaksanaanya  bagi melindungi  pelbagai kepentingan manusia, organisasi dan masyarakat menurut  keutamaan ad-doruriyyah, al-hajiyyah dan at-tahsiniyyah.

Fiqh al-waqi' adalah ilmu yang berdasarkan kepada kajian dan tuntutan realiti semasa. iannya bagi membolehkan gerakan Islam mewujudkan kemantapan dari segi strategi dakwahya.

"Dr. Yusuf Al-Qardawi menegaskan bahawa fiqh al-waqi' adalah ilmu yang didasarkan kepada kajian dan tuntutan realiti semasa. Ia merangkumi semua aspek semasa berdasarkan maklumat terkini yang tepat."

sumber : "Tokoh-tokoh Besar Gerakan Islam Dalam Sejarah : Kisah-kisah Inspiratif Para Pemimpin Gerakan Islam Sedunia"